This is real, this is me.

This is real, this is me.
Nur Syuhada Binti Abu Bakar
Shah Alam, Selangor
Diploma in Office Management & Technology
Faculty of Business Management
UiTM Seri Iskandar, Perak
I am nineteen, young, wild and freeeee :D

Followers

Monday, September 17, 2012

HARI KEMERDEKAAN VS HARI MALAYSIA


Hari Kemerdekaan ------> 31 Ogos 1957
Hari Malaysia-------> 16 September 1963

Dua hari yang berbeza tetapi membawa beribu makna. Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

Memandangkan sekarang demam 'Oppa Gangnam Style' kan, cuba sekali-sekala dengar frekuensi radio Hitz.fm sebab sempena hari Malaysia ni mereka tukar jadi 'Oppa Malaysia Style'. Menarik tertarik! haha

NurSyu with love.

Selamat Hari Raya! (2012)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! kepada seluruh umat Islam yang menyambut kemerdekaan, kemerdekaan bagi umat Islam daripada dijajah dalam sejarah Perang Badar. 
Sesungguhnya dengan kewujudan raya, kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama saudara-mara. Air yang dicincang tidak akan putus. Bak kata orang, sejahat-jahat mana pun mereka tetap darah daging kita. Semoga hidup kita semua diberkati, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 
Sesungguhnya juga apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ikslas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Dengan izin Allah yang Maha Esa, terima kasih atas jalinan kekeluargaan yang tercipta :)
Satu keluarga ada lapan orang ahli. Ya lapan! Enam orang adik-beradik hehe ramai ke? tidak bagi saya. Kalau enam ni macam biasa. Lagi biasa kalau bawah empat. Kan?
Semua dah besar-besar tapi tiada seorang lagi pun yang sudah berumah tangga. Kenapa? Sebab kami dah besar je tapi masih lagi muda :D

Pertama------> lelaki #atas #kanan #abang
Kedua-->perempuan #atas #tengah #saya
Ketiga-----> lelaki #atas #kiri #adik
Keempat-----> perempuan #bawah #kanan #adik
Kelima-----> perempuan #bawah #kiri #adik
Keenam-----> perempuan #tengah #adik

__________________________________________________________________________________________

Baiklah, sekarang kita beralih arah. Tetap dengan tajuk yang sama. Raya raya raya!!! Tapi kali ini raya dengan keluarga Majlis Perwakilan Pelajar pula :) Kami keluarga bahagia, dipanggil keluarga ungu hehehe yang pakai warna ungu je boleh bergambar keluarga :p



Sesungguhnya perhubungan yang terjalin antara kami akan berkekalan sepanjang hayat. 
Kami Mahasiswa Gemilang!

NurSyu with love.

Sunday, September 16, 2012

Laporan kerosakan di FPP.

Memandangkan UiTM Perak diserang hujan lebat, maka kampus saya pun musnah dijilat ribut taufan. Antara gambar-gambar yang sempat ditangkap, cewahhh ayat ditangkap eh :p :p

Lokasi: Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Seri Iskandar, Perak.

Bangunan yang cat warna kuning tu Dewan Kuliah Utama.

Khemah-khemah yang terletak berhadapan dengan Cafe OM.



Tapi, segala kerosakan yang berlaku mengambil masa sehari je untuk dibaik pulih. Esoknya, tadaaaa keadaan dah kembali seperti sedia kala :)

UiTM Dihatiku.
zzz zzz
NurSyu with love.

Dunia blog, kini kembali.

erm erm erm Assalamualaikum :)

haaaaa tajuk blog kali ini sudah cukup membuatkan semua tertanya-tanya. dan satu lagi, kenapa guna bahasa melayu? pelik bukan?
tadaaaa......

Blog ini direka khas adalah kerana saya pelajar semester tiga Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Seri Iskandar, Perak telah ditugaskan untuk mereka sebuah laman blog yang perlu mengandungi maklumat-maklumat yang telah disenaraikan oleh pensyarah.

Tapi, kami tidak dibenarkan untuk menggunakan bahasa 'rojak'. Faham itu apa bahasa 'rojak'? Bagus.
Malangnya, susah bagi kami untuk menggunakan satu bahasa dalam satu masa. cewah
Pensyarah saya baik orangnya...... hehehe

Dahulu kala, zaman sekolah blogspot ni memang terkenal. Semua bertungkus-lumus 'edit' sana-sini nak bagi 'page view' nampak cantik, menarik dan tertarik. Letak lagu, gambar, video, dan macam-macam lagi sebab nak kumpul 'followers'. Makin ramai 'followers' mereka, bermaksud blog tu menarik, orang ramai baca. Sebenarnya, saya pon ada blog saya sendiri, post dah beribu-raban, tapi malangnya segan nak 'view' sebab masa tu zaman jahiliah lagi, maka post pun semua buat diri sendiri tak tahan gelak bila baca balik. wahhh ayat ==' 
Maka, ini blog baru, semoga bergembira tatkala membacanya!



NurSyu with love.